Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini adalah utusan yang pertama kali aku buat untuk blog yang sudah lama aku daftarkan ni. Kerja bersepah dan bebanan bertambah. Mungkin itulah sebabnya proses untuk post dan update menjadi lembab dan kurang bermaya. Ketika ini aku sedang berada di ofis untuk menyiapkan kerja. Sila semak tarikh hari ini. Ya, hari ahad! Hari minggu dan hari berlibur sebenarnya. Aku dikerah untuk bekerja pada hari ini untuk mengelakkan kerja menjadi semakin bertimbun di hari esok. Benci!
Aku masih tidak tahu apakah isi kandungan blog yang akan aku hasilkan ini. Format, layout, warna dan tema masih dalam perancangan. Tetapi apa yang sudah pasti, aku akan menggunakan bahasa malaysia hampr 100% dalam setiap posting ini. Dulu, sewaktu di friendster blog, aku menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya dengan tujuan untuk menunjukkan "writing skills" aku yang tak seberapa. Masih teringat komen dan pujian setiap pelawat, aku sedar yang aku harus menggunakan Bahasa Malaysia kerana aku mmg orang melayu tulen dan aku sangat bangga!
Aku masih tidak tahu apa yang akan aku tulis di sini. Aku masih belajar dan akan meneruskan pembelajaran untuk blog ini. Sabar sabar sabar..
Baca wak..



0 comments:
Leave a Comment