Wallpaper tahun ini

Salam lagi,

Lepas pejam, kita celik, lepas tu pejam balik, lepas tu celik balik. Tup tup dah setahun lebih. Rasa cepat sangat masa berlalu sekarang ni. Ingat lagi tahun lepas masa baru masuk kerja kat Shell ni. Mencari bilik training untuk hari pertama je dah setengah jam. Besar betul bangunan dia. Rupenye Shell ade 4-5 bijik lagi bangunan yang sama besar macam tu. Baru aku paham kenapa diorang ni panggil Shell Campus. Sebab parameter nye dah lebih kurang MMU Cyberjaya. Cuma takde padang bola dan Cyberia haha!

Lepas training, diorang assign aku as a CA (Central Admin) Analyst. Ye la, budak baru memamg kene buat kerja senang. Reset password je keje. Dari domain, citrix, SAP sampai la ke maybank2u password diorang. Hahaha yang maybank2u tu aku saje tambah. Kalau tu pun aku yang reset, memang kaya la aku cilok duit mat salleh ni.

Lepast 2 bulan jadi CA, management upgrade aku jadi GI + RAS Analyst (Group Infrustructure and Remote Access). Yang ni position yang lebih susah. Memang technically challanging. Almost semua Shell application nak kene tahu. Serabut kabut mak but! heheha. Dari MS Outlook, sampai la ke HP Merqury Quality Centre 9.2. Tak sia-sia aku ambik degree dalam IT. Takde la terkapai-kapai sangat.

Sekarang ni, aku dah lebih kurang 7 bulan jadik Windows Vista Analyst. Dulu Shell user pakai Windows 2000. Sekarang ni dah upgrade pakai Windows Vista. So, boss cakap hanya analyst yang berpengalaman saje boleh masuk. Nasib baik interview lepas. Cara boss bodek ialah, "You did very well Rashdan!" Sampai la sekarang aku mengadap Windows Vista punye screen sebesar 22 inci ni. Puas hati.

Lepas ni, aku target nak masuk Storage ataupun Backup Team. Tu la angan-angan aku untuk tahun 2010 ni ;-) Aku nak share Wallpaper yang tak pernah boring aku tgk. Dah 6 bulan aku pakai Wallpaper ni. Masa ni Christmas after party tahun lepas. Kat ofis je after party nye.. hehe


Apa khabar kau semalam [2]

Salam, haish! lama sungguh tak update blog. Semua sbb sibuk nak raya dan lemang punye bisnes hehe. Setakat ini (kalau kiraan aku ni tak salah) dah 217 batang lemang aku berjaya edar di sekitar kawasan Bangi, Kajang, Shah Alam dan Cheras. Next week ade lagi gerak gempur lemang di sekitar kawasan Petaling Jaya. Hopefully tak hujan ;-)

Sila baca. Credit to Bupala.

Rashdan,

Semalam pagi Ahad kan? Aku tahu kau letih sbb sepanjang malam kau layan Hendri (Indon yg kau kutip untuk bakar lemang). Tapi pagi lagi kau dah bangun untuk jogging kat stadium. Lepas tu seingat aku kau pergi breakfast kat tempat biasa. Takde yang istimewa, french toast dan telur separuh masak 3 bijik. Lepas tu aku tak tau kau pegi mana. Call tak angkat. Sms pun tak reply.

Eh, kau reply jugak sms aku. Tapi masa tu dah pukul 2.30 ptg. Kau tgh drive pegi UIA nak hantar adik kau. Byk betul barang-barang dia kan? Penuh satu kereta. Lepas tu kau terus pegi Kajang sbb nak tgk bodykits R3. Kau jealous sbb Azam dah buat dulu kan? Wei, janji nak buat sama-sama ngn Faridz. Lepak la dulu bro. Tapi aku tau, duit Ceramic kau dah bersepah. Duit lemang lagi. Gaji tak berusik sangat kot! Sukati kau la bro..

Tapi bile kau cakap pasal design kereta yang kau nak buat tu. Terpikat plak aku. Rasa macam nak jual je CLK L200 (Cute Little Kancil) aku tu. Faridz cakap, roof top tu kalau cat hitam dan bonet pakai carbon fibre punye sure meletop kan? Tapi nak buat semua tu seminggu je dah bole siap bro. tak payah nak tunggu lama. Ni aku ade sample kat bawah nak tunjuk kat kau. Tengok dan kita bincang lagi kat Mahbub ok! Layan..


Aktiviti sihat!

Salam, skang ni malam baru la free. Siang tak free langsung. Walaupun dah start cuti, aku sangat sibuk dalam urusan bisnes lemang dan ketupat yang dah 2 tahun aku buat. So, sape yang nak tempah, bole contact aku (hehe!)
Tadi browse facebook, aku ternampak la gambar-gambar cantik yang Safwan ambik pakai camera mahal (Nikon DS300 kot!). Masa ni kitorang lepak nak bincang pasal Program Derma Ikhlas Anak Yatim sempena bulan Ramadhan. Tak tau la ade Alumni sekolah lain buat ke tak? Tapi kami ni re-present MRSM Langkawi. Best lepak setelah lama tak jumpe. Yang tak datang tu rugi je. Semua gambar di bawah adalah hak cipta terpelihara ;-) cekidaut!

Fakhrusy, Maria, Mat Kown, Man and the "La Martina" guy hehe

Shikin and La Martina

Aku snap gambar Hassan ni. Terrer gak aku pakai Nikon (hehe)

Special apperence by Joe Pull. Kown cakap skang ni dia part time Tok Kadi

Lama tak lepak dengan budak-budak sekolah. Sape nak join, register ANSARA Langkawi Group kat Facebook ;) Chiao

Back to Home Back to Top Webpisode Turun Naik. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.