Apa khabar kau semalam?

Terima kasih, kredit to thoyol
Rashdan, awal sungguh kau bangun pagi semalam. Walaupun kau kerja di waktu Eropah (EU), kau tetap bangun seawal jam 6.15 pagi. Aku tau, kau sangat bersemangat hari tu. Jam 7 pagi, kau dah start rutin yang selalunya kau buat pada jam 11.30 pagi. Push-up 120 kali! semakin hari, semakin laju kau habiskan rutin itu. 15 minit dah settle. Lepas tu kau merungut tangan kau sakit, dada kau nak pecah dan macam-macam lagi. Kenapa kau nak jugak buat benda yang menyakitkan ni? Kenapa?

Jam 8 pagi kau terus menuju ke Restoran Mahbub untuk breakfast. Macam biasa, kau belasah roti bakar dah telur separuh masak 4 biji. Selain murah, kau siap dah kira berapa jumlah kalori dan protein yang ada dalam sarapan kau ni. Kenapa kau ni teruk sangat? Kau ingat lagi amoy depan meja kau semalam tu? Badan kecik, tapi nafsu makan macam kuda. Tu baru breakfast. Belum tengok dia mengadap lunch lagi. Mentedarah ke ape tu? Kan? Kau mmg teruk..

Lepas breakfast kau cuba nak tido balik tapi tak dapat kan? Aku tau, kau teringat hutang yang di sekeliling pinggang. Hei, dah berapa haribulan ni? Gaji kau masuk 31th kan? Kenapa awal-awal dulu kau tanak settlekan? Skang ni baru la terkial-kial. Tapi nasib baik kau pegi bank seawal bank tu buka. Pukul 11.30 segala urusan bank selesai. Tapi aku still cakap kau ni teruk. Lain kali, buat je standing instruction untuk hutang kau tu. Yang wajib la, macam duit rumah, kereta dan insurans. Auto debit je. Senang dan tayah nak pikir! Yang lain-lain tu maybank2u sudah..

Ooo skarang ni baru aku paham kenapa tetiba kau semangat nak pegi keje. Offer letter dari company kau kan? Meh sini aku tengok jap, bla bla bla bla.. aku tak tertarik pun. Tu semua standard company nak pancing kau supaya kerja lebih kuat. Diorang belum puas kudakan kau. Diorang nak kau kerja bersungguh-sungguh dan lebih baik start hari ini. Org putih, org hitam, mat salleh mahupun mat osman. Diorang semua seronok melihat pembulian terhadap kau tatkala diorang pun kene buli jugak. Shell oh Shell.. Kerja oh kerja.. Tapi part yang dia cakap kau akan dapat kenaikan gaji 16% tu yang aku tergamam. Banyak jugak tu. Lepas la cita-cita kau nak beli sport rim 17 inci idaman kau tu. Make sure bibir lebar (hahaha..!)

Tapi menjelang petang je, aku tengok kau makin tak fokus kat kerja. Borak la, facebook la, chatting la dan yang paling aku tak bole terima sekali bila kepala hotak kau tu fikir gym! Aku tau kawan-kawan kau semua nak pegi main kat gym rakyat. Gym tu bayar 2 ringgit je. Barang semua pun cun. Machine semua pun lengkap. Plate pun semua berat-berat. Sesuai sangat la dengan "weight and strenght" training yang kau dah plan selama 2 bulan ni. Tapi kerja tetap kerja. Mana motto "Go green" yang kau selalu cakap kat semua orang dalam team kau..? Tu sbb aku cakap kau ni teruk. Teruk dan teruk. Jangan nak marah aku, marah diri kau sendiri

Belah petang pulak kau ajak Mas makan kat Mak Teh. Walaupun dia sepatutnya ade date nak tengok wayang dengan kekasih hati dia, tapi kau paksa dia join kau makan kan? Nak tak nak terpaksa la dia ikut kau. Tapi masa tu aku tengok dia cun wei! Aku rasa sebab baju baru dia kot hahah!

Balik time! Kau pecut kereta kau sebab semangat nak gym. Dari ofis sampai rumah 15 minit je. Teruk kau ni. Cuba la bawak kereta tu elok-elok dan senonoh siket. Ni semua kereta pun kau nak cucuk. Sampai depan rumah Azhar kau terus paksa dia siap cepat. Wei, kau tak nampak ke yang dia tengah deal projek tu? Dia nak welding barang besar kau tau tak? Nilai projek tu RM1k sehari. Yang kau pegi kacau dia buat ape? Pastu buat tak reti je on laptop orang. Sempat lagi facebook. kau tengok.. Kalau barang kau, mengamuk macam Hang Jebat. Tapi kalau barang orang. Selamba yaya je kau ni. Macam mana aku tak cakap kau ni teruk??

Yang ni super teruk! Kau kene mengaku dengan rela hati. Dari pagi kau semangat nak gym. Bincang nak main ape sejak semalam sampai kerja tak fokus. Tapi akhirnya, pucuk dicita ranting pun tak sampai.. yang bulat datang melayang, yang pipih terus bergolek.. aku sangka kan hujan sampai ke petang, tapi setitik air pun tak turun ke bumi. Kau pancit!! termengah-mengah. Bak kata orang kampung kau, hongeh!! Ni semua gara-gara nasi lemak sambal pedas dan rendang ayam yang kau telan petang tu (dengan Mas). Kau dah tau yang kau nak gym malam tu, yang kau telan benda-banda pedas kenapa? Mula la keluar semua alasan yang tak berapa pandai tu. Perut tak sedap la. Badan angin la. Oksigen tak sampai otak la. Macam-macam lagi. Tapi biceps kau tetap tak nak kalah! Yang paling teruk (aku patut lebal kelakar) ialah kau muntah macam org OD lepas minum protein. Hahahah hahaha hahahah lagi. Bahan mainan kawan-kawan sepanjang tahun 2009/2010

Sekian, kau memang teruk!!

Siapa tu? Jangan teka

Suatu pagi sebelum aku pergi kerja..

X: Assalamualaikum bang. Abg nak gi mana?
D: Waalaikumsalam, ye dik. Ade ape hal? Abg nak cepat ni
X: Jap je bang, nak tanya je ni
D: OK, nak tanya ape? cepat cepat..
X: Eh, kenapa abg nak cepat?
D: Abg nak pegi ofis ni. Byk benda yang abg nak siapkan kat ofis tu
X: Kenapa? abg dah lambat ke?
D: Takde la lambat. Tapi abg mmg selalu masuk awal. Bole la siapkan ape yang patut. Check keje semalam and plan keje hari ni.
X: Ooo. susah ke bang?
D: Mula-mula dulu susah la jugak. Banyak benda yang nak kene belajar. Tapi diorang ade training untuk abg. So, takde la terkapai-kapai sangat
X: Ooo.. kire abg ni fast learner la ye?
D: Bole la. Kalau benda yang mmg abg minat, mmg cepat la abg nak catch up. Abg grad dalam bidang IT, keje pun pasal IT jugak. So, ade kene mengena la tu
X: Ooo.. paham-paham. Lama dah abg minat IT?
D: Eh, dah lama dah. Abg ingat lagi masa abg darjah 4. Join kelab komputer kat sekolah. Masa tu disket besar pinggan! Bangga je bawak kehulu hilir.. haha!
X: Ape 1st projek abg?
D: Tak ingat sangat plak part tu. Tapi yang paling bangga sekali abg siap kan slide presentation untuk abah. Masa tu dia ade projek yang nak kene bentangkan untuk MARA. Gempak abah masa tu. Orang lain pakai slide projector je. Tapi dia.. teknologi abis! hehe
X: Wow! Bile tu bang?
D: Masa tu abg form 2. Cuti sekolah dan takde ape nak buat. So explore je la. Ala, slide power point je pun hehe
X: Lain-lain bang. Projek IT paling best abg buat ape?
D: Byk gak tu. Paling best setakat ni abg rasa projek IT web portal utk MFI.
X: Ha..? ape tu?
D: MFI masa tu takde web portal rasmi lagi. So abg buat la
X: Tak tak.. web portal tu ape sebenarnye?
D: Adeh! Panjang plak cite nye nanti ni. Web portal ni senang cakap tempat rujukan semasa sesebuah organisasi. So, abg siapkan web tu supaya senang student nak berkomunikasi dengan lecturer. Nak check jadual kelas, online notes, daftar subjek dan lain-lain. Ala, macam e-warga yang UKM punye tu la
X: E-Warga pun abg buat?
D: Tak la. Tu contoh je. Abg buat yang MFI punye. E-warga tu kan UKM punye. Mana ade kene-mengena pun
X: Sampai sekarang ade lagi web yang abg buat tu?
D: Dia punye mainframe dan idea masih lagi diorang pakai sampai sekarang. Tapi grafik, gambar dan layout dah tukar-tukar sket. Kire student junior yang sambung buat final projek kot! Tah la dik
X: Projek sekarang? Takde ke?
D: Skarang ni takde projek luar pun. Fokus kerja dan gym
X: Eh, bang. Saya pun dah lambat ni. Nnti kita jumpa lagi ok
D: OK dik, enjin keta dah panas ni. Eh, tadi kata nak tanya? tanya ape?
X: Takpe bang, lain kali la saya tanya. Mekasih!


baca wak..

Utusan pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini adalah utusan yang pertama kali aku buat untuk blog yang sudah lama aku daftarkan ni. Kerja bersepah dan bebanan bertambah. Mungkin itulah sebabnya proses untuk post dan update menjadi lembab dan kurang bermaya. Ketika ini aku sedang berada di ofis untuk menyiapkan kerja. Sila semak tarikh hari ini. Ya, hari ahad! Hari minggu dan hari berlibur sebenarnya. Aku dikerah untuk bekerja pada hari ini untuk mengelakkan kerja menjadi semakin bertimbun di hari esok. Benci!
Aku masih tidak tahu apakah isi kandungan blog yang akan aku hasilkan ini. Format, layout, warna dan tema masih dalam perancangan. Tetapi apa yang sudah pasti, aku akan menggunakan bahasa malaysia hampr 100% dalam setiap posting ini. Dulu, sewaktu di friendster blog, aku menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya dengan tujuan untuk menunjukkan "writing skills" aku yang tak seberapa. Masih teringat komen dan pujian setiap pelawat, aku sedar yang aku harus menggunakan Bahasa Malaysia kerana aku mmg orang melayu tulen dan aku sangat bangga!
Aku masih tidak tahu apa yang akan aku tulis di sini. Aku masih belajar dan akan meneruskan pembelajaran untuk blog ini. Sabar sabar sabar..
Baca wak..

Back to Home Back to Top Webpisode Turun Naik. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.